KOTA BHARU 11 April – Polis Kelantan menahan tiga lelaki berusia 22 hingga 30 tahun dipercayai ‘Geng Firdaus’ yang sangat dikehendaki kerana terlibat dalam kegiatan mencuri kereta di daerah ini dan sekitarnya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, ketiga-tiga suspek ditangkap hasil maklumat awam selepas tiga serbuan dilakukan.
Beliau berkata, pihaknya melakukan serbuan pertama kira-kira pukul 2.30 pagi Rabu lalu di Kampung Seri Kambus, Pulau Gajah, Sabak, dekat sini.
“Dalam serbuan tersebut, kami berjaya menahan seorang remaja berusia 22 tahun di tepi jalan di kampung tersebut kerana dipercayai salah seorang ahli geng tersebut.
“Hasil siasatan ke atasnya, pihak kami melancarkan serbuan kedua kira-kira pukul 2.45 pagi keesokannya berhampiran sebuah hotel di Kota Bharu dan berjaya menahan seorang lagi lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai ketua kumpulan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Azham berkata, semasa ditahan, suspek kedua dipercayai sedang menunggu seseorang dan hasil pemeriksaan, polis menemui pelbagai peralatan mencuri kenderaan di dalam sebuah beg galas yang dibawa oleh suspek.
No comments:
Post a Comment