Thursday, April 7, 2011

kematian AHMAD SARBANI MOHAMED

Dulu Malaysia dikejutkan dengan kematian Teoh Beng Hock (TBH), yang jatuh dari bangunan SPRM selepas datang ke pejabat tersebut untuk disoal siasat pegawai-pegawai SPRM.Dan kes TBH ini masih lagi berjalan di mahkamah tanpa apa-apa keputusan mengenainya dan bagaimana TBH mati.Kali ini pula, seorang pegawai kastam, didapati mati setelah jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM.
ahmad%2Bsarbani Pegawai Kastam Mati Jatuh Bangunan SPRMMangsa, Ahmad Sarbani Mohamed ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.Berikut di bawah adalah kenyataan akhbar mengenai kes kematian pegawai SPRM tersebut.
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini hari ini, sebagai kematian mengejut.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.
“Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.42 pagi dan sebuah kereta peronda polis tiba di bangunan SPRM itu pada 10.49 pagi sebelum anggota berkenaan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis daerah Cheras,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata motosikal milik Ahmad Sarbani, Modenas Kris dengan nombor pendaftaran WGG8543 dan sebuah topi keledar ditemui di tempat letak kenderaan.
Zulkifli berkata satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata punca kejadian itu akan disiasat, namun menurutnya siasatan berhubung kes pegawai kastam disyaki terlibat dengan rasuah perlu diteruskan.
“Punca kejadian itu akan disiasat, tapi operasi perlu diteruskan… kami tidak mahu kerajaan terus kehilangan wang duti,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen pada Rabu.
– BERNAMA
Persoalannya di sini, bagaimana perkara ini boleh berlaku? Dan ini bukanlah kali pertama.Masuk kes kali ini, adalah kes kedua selepas kes Teoh Beng Hock (TBH) yang masing lagi menemui jalan buntu.Dah panggil macam-macam pakar pun, kes masih tidak dapat diselesaikan.Apakah faktor sebenarnya kejadian ini berlaku?
ahmad sarbani mohameds body1 Pegawai Kastam Mati Jatuh Bangunan SPRMSepatutnya, selepas kejadian yang menimpa TBH, dah boleh letakk CCTV dalam bangunan SPRM tersebut.Sekiranya ada apa-apa yang berlaku, sekurang-kurangnya kita ada bukti visual yang lain.Takkan nak tunggu lagi 3-4 orang terjun bangunan SPRM lagi baru nak pasang CCTV?
Ataupun sengaja tak nak pasang? Itu kami tak mampu nak jawab.ada yang mengatakan mangsa dibunuh, dan ada juga yang mengatakan bahawa mangsa bunuh diri sebab kecewa.Dan ada juga teori mengatakan mangsa dibunuh untuk menyelamatkan “jerung-jerung” di belakang mangsa dan menjadikan mangsa sebagai kambing hitam.Tapi, tanpa apa-apa petunjuk dan bukti, tidak perlulah kita spekulasikan.
Walau apapun, kejadian ini sepatutnya menajdi iktibar buat SPRM dalam melaksanakan langkah-langkah sepatutnya agar kejadian yang sama tidak lagi berulang.Berikut di bawah adalah video kenyataan mengenai kematian pegawai Kastam ini.

No comments:

Post a Comment